Tuesday, March 2, 2010

blog berkata

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ...

Memang lidah boleh jadi lebih tajam daripada mata pedang. Tersilap kata boleh menghiris hati, memutus sahabat. Tapi jika kita bijak menggunakannya, boleh runtuh gunung, boleh cair besi...

Macam mana pula dengan tulisan? Tulisan pada dasarnya macam berkata-kata jugalah. Silap tulis ada pula yang berjauh hati. Malah, satu koleksi penulisan peribadi seperti blog ini ada lebih banyak lagi implikasinya.

Saya suka blog-hopping. Kadang-kadang saya akan kembali ke blog yang sama beberapa kali jika saya suka dengan kandungannya atau saya tertarik dengan personaliti empunya blog. Ini untuk blog yang yang tidak kenali penulisnya la. Seronok juga tengok ragam minda manusia di alam maya. Yalah, tulisan di blog itukan sedikit-sebanyak menggambarkan siapa yang menulisnya.

Tapi, harus diingat juga... jangan sesekali menilai seseorang daripada blog semata-mata. Itu suatu tindakan yang tidak tepat. Manusia menggunakan blog ini untuk pelbagai tujuan. Ada yang buat macam diari, ada yang buat tempat melepaskan rasa marah/geram/meluat yang tak terucap dengan kata bila berdepan, ada juga yang gunakan sebagai medium berdakwah, malah makin banyak yang berniaga melalui blog.

Lagi satu perkara, apa-apa yang ditulis itu benar ketika ia ditulis. Boleh jadi ia akan berubah selepas beberapa tahun, bulan, minggu atau hari. Bahaya jugalah macam tu bila kita lantang sangat menulis di dalam blog. Lebih-lebih tulisan yang tak berlapik a.k.a tak ada insurans. Silap-silap boleh sesal kemudian.

Walau macam mana pun, blogging hak peribadi yang harus dihormati. Yang penting kita selalu beringat-ingat untuk menghormati orang lain juga (walaupun orang itu tiada blog). Mentang-mentang dia tiada blog, bolehlah kita menghentam dia sebab dia tak dapat nak hentam balik. Haha, janganlah buat begitu.

Jaga diri, hiasi peribadi.
Ini ingatan untuk diri sendiri.
^_^

1 comment:

says