Wednesday, March 31, 2010

final med dinner

Okay, just a quick note on the dinner tonight.

It was a simple straight forward dinner. Food wise, nothing fancy other than the lemon souffle as the dessert. But I guess that's the way they do it.

Dinner started with a loud bang of the main door being closed. What?? Yes. They banged the door closed. As expected, the noisy hall quiet. Then everybody raised. After a few lines in Latin (which Prof O'Morain commented as a very bad one =p), we sat. The food was served shortly afterward.

Starting with leek soup and bread as starters. The main course of chicken breast, baked potato and boiled green beans followed. Dinner finished with dessert and tea/coffee.

After dinner, the profs gave us a few words full of inspiration, reassurance and yeah, good laugh. That's it. The report.

ps: The Profs are all very friendly, approachable and ...hmm, laid back. It was very nice experience sitting down to have dinner with them and casually chat about topics that have nothing to do with medicine.


Professor Shaun McCann (Director of Undergraduate Teaching and Learning)



With Hajar. Sitting beside her was Prof O'Morain (The Dean of Health Sciences Faculty). At the back there, Dr Martina Hennessy (our coordinator).


Professor Patricia Crowley. I admire her. She's the senior lecturer in Obs & Gynae.

Tuesday, March 30, 2010

RSVP

Répondez s'il vous plaît


I'm going out tonight.

waktu siang yang disimpan?

Hari ini Dublin bersalji lagi. Tiba-tiba saja. Padahal sudah di hujung bulan Mac kan.. Malah 2 hari lepas daylight saving pun dah bermula.

Daylight saving ni apa?
Simpanan waktu siang?
Waktu siang yang disimpan?

Err, malas mahu tulis di sini panjang-panjang sekarang.. tapi kesimpulannya 'waktu' sekarang 'tidak normal'..
Oh, makin memeningkan. Penerangan apa ni?

Baik, beginilah...
Dublin/London GMT 0
Malaysia/Hong Kong GMT +8
Maka sepatutnya beza waktu di Dublin dengan Malaysia adalah 8 jam. Tapi sebab ada daylight saving ni maka beza waktu di Dublin dengan Malaysia jadi 7 jam saja.

I have never been able to get plus/minus thingy (i.e to which direction the clock hand should move) into my head. So, I always rely on the automated time on the internet.
Okeh, mari sambung membaca lagi! Maksud saya membaca buku ye...

Opps, if you're dying to know about the daylight saving, read on here. I'm not. Not at the moment.

Friday, March 26, 2010

hampir ke situ

Hari terakhir persekolahan, insya Allah...

Rezeki itu milik Tuhan, semoga Dia mencukupkan keperluan hambaNya ini...
Semangat, jangan pergi jauh... perjuangan belum selesai.
Sabar sedikit sahaja lagi, kita sudah hampir ke situ...

Mendua - Hampir Ke Situ

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan

Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

Wednesday, March 24, 2010

how to capture a screen shot


I've always wanted to learn how to do this!

Never imagine it could be this easy.

Now I'm a happy bunny!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, March 22, 2010

exam dates are here

So, here they are... the dates!
Our final medical year written exam dates are finally confirmed. Basically we are going to sit for 3 papers on 2 subjects this time. Then, the much feared clinical exams will follow shortly. We don't have the official dates for clinicals yet although it is well understood to happen during the week 19th of April.

Anyway, I have to face these papers first:

MEDICINE
Tue 6th Apr 2010 at Upper Luce Hall
1330-1700

SURGERY
Thu 8th Apr 2010 at Upper Luce Hall
0930-1130 Essay
1400-1600 MCQ

Good Luck! An t-adh leat! (pronounced 'on thaw lat')

Friday, March 19, 2010

SPA posto, posto!

SURAT PANGGILAN TEMU DUGA

1. Anda dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:

(a) Kod Skim, Jawatan dan Gred: 1604 PEGAWAI PERUBATAN GRED U41
(b) Kementerian / Jabatan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(c) Tarikh : 3 APRIL 2010 (SABTU)
(d) Masa Pendaftaran : 8.00 PAGI
(e) Tempat : THE WESTBURY HOTEL, GRAFTON STREET, DUBLIN 2


2. ........

.........
Bahagian Pengambilan
b.p. Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia.

Wednesday, March 17, 2010

tiket tiket

Semalam beli tiket nak balik Malaysia. Alih-alih tadi agen dari UK tu telefon kata diorang tak dapat nak charge debit card yang saya guna mungkin kerana kad tersebut boleh digunakan di Ireland saja. Huhuhu, ada masa sampai esok untuk uruskan hal ini.

Tak adalah susah sangat tapi option yang ada adalah lebih mahal iaitu menggunakan kad kredit yang suka menambah service charge pada akhir pembelian. Ngeeee... mahu yang mudah itu kan tidak percuma!

Tiket yang mahal, moga pulang kali ini berbaloi-baloi.

Nota: Terkenang-kenang second option, flying Etihad via Abu Dhabi. Miong!!

telefon hilang

Hari Isnin lepas 15 Mac 2010.
Tempat kejadian : Hospital St James.

Laporan:
Kekasihku telefon SEk750i yang baru (telah) berusia hampir 3 tahun hilang dicuri!! Maka saya menjadi sedih. Sudahlah memang sebelum itu telah tersangat sedih...
Lebih sedih lagi bila bangun pagi sudah tak ada lagi bunyi alarm kesayangan saya...
Jadi semalam saya sudah rasa mahu demam. Sudah makan ubat dan tidur awal tetap rasa kurang sihat. Maka telah menelan lagi ubat pagi ini. Nasib baik hari ni cuti.
Telefon, kamu tetap di hatiku walaupun telah diganti yang baru.
T_T

Nota: Telah membeli tiket pulang ke Malaysia untuk cuti selepas exam. Harus lulus periksa ni! Ya Allah, berikan hambaMU ini kecukupan dari rezekiMU yang melimpah-ruah. Tiada daya-upayaku melainkan belas-ihsanMU.

Friday, March 12, 2010

focus

FOCUS = "Forget Other Commitment Until Success"

Thursday, March 4, 2010

self-note

Banyak sangat mimpi-mimpi yang mahu dijadikan realiti.
Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sabar wahai diri, tabah dengan cabaran ini.


My dearie me,
Get your seat belt. Put it on.
Then, off you go. Hit the accelerator!
Until then, hold on. Bear with this life.

Much love,
Azizah

Note: Congratulations to Kak Syek and Apen on the arrival of baby Hanan. Ah, tak puas pegang Hanan... Apen je nak conquer baby dia... Haha, takkan nak ambil, anak dia la pulak =p

Tuesday, March 2, 2010

blog berkata

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ...

Memang lidah boleh jadi lebih tajam daripada mata pedang. Tersilap kata boleh menghiris hati, memutus sahabat. Tapi jika kita bijak menggunakannya, boleh runtuh gunung, boleh cair besi...

Macam mana pula dengan tulisan? Tulisan pada dasarnya macam berkata-kata jugalah. Silap tulis ada pula yang berjauh hati. Malah, satu koleksi penulisan peribadi seperti blog ini ada lebih banyak lagi implikasinya.

Saya suka blog-hopping. Kadang-kadang saya akan kembali ke blog yang sama beberapa kali jika saya suka dengan kandungannya atau saya tertarik dengan personaliti empunya blog. Ini untuk blog yang yang tidak kenali penulisnya la. Seronok juga tengok ragam minda manusia di alam maya. Yalah, tulisan di blog itukan sedikit-sebanyak menggambarkan siapa yang menulisnya.

Tapi, harus diingat juga... jangan sesekali menilai seseorang daripada blog semata-mata. Itu suatu tindakan yang tidak tepat. Manusia menggunakan blog ini untuk pelbagai tujuan. Ada yang buat macam diari, ada yang buat tempat melepaskan rasa marah/geram/meluat yang tak terucap dengan kata bila berdepan, ada juga yang gunakan sebagai medium berdakwah, malah makin banyak yang berniaga melalui blog.

Lagi satu perkara, apa-apa yang ditulis itu benar ketika ia ditulis. Boleh jadi ia akan berubah selepas beberapa tahun, bulan, minggu atau hari. Bahaya jugalah macam tu bila kita lantang sangat menulis di dalam blog. Lebih-lebih tulisan yang tak berlapik a.k.a tak ada insurans. Silap-silap boleh sesal kemudian.

Walau macam mana pun, blogging hak peribadi yang harus dihormati. Yang penting kita selalu beringat-ingat untuk menghormati orang lain juga (walaupun orang itu tiada blog). Mentang-mentang dia tiada blog, bolehlah kita menghentam dia sebab dia tak dapat nak hentam balik. Haha, janganlah buat begitu.

Jaga diri, hiasi peribadi.
Ini ingatan untuk diri sendiri.
^_^