Monday, February 22, 2010

destinasi cinta

(siapa tau bunga ni nama apa?)

Hah, tajuk entri ni dah macam tajuk lagu Siti Nurhaliza. Takpelah, lagu tu pun sedap jugak. Hmm, saja mahu lari sekejap daripada keluh-kesah perlumbaan tahun akhir di fakulti perubatan.

Sempena musim-musim kawan-kawan melangsungkan perkahwinan ni dan elok pula saya baru saja membaca sebuah artikel tentang perkahwinan, mari saya tuliskan sedikit tentang topik yang menarik ni.

Artikel yang saya baca tu adalah tulisan salah seorang penulis dan pendakwah yang saya kagumi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Saya memang pengunjung setia blog beliau, Saifulislam.com. Kalau sesiapa yang rajin online, saya cadangkan sangat-sangatlah untuk melawat blog beliau.

Apa yang menarik perhatian saya ialah ayat terakhir entri tersebut:
Bahagia, biar sampai ke Syurga!

Semua orang nak bahagia, semua orang nak bahagia sampai syurga.
Tapi tak semua orang bertugkus-lumus membina jalan sampai ke sana.
Saya sengaja menggunakan perkataan 'bertungkus-lumus' untuk menunjukkan susahnya usaha membina jalan tersebut. Maka sebab susahnya usaha tersebut, sesiapa yang mahukannya (kita semua la kan) mestilah betul-betul mahu, sanggup, gigih dan tabah.

Dunia hari ini banyak sangat cabaran. Kadang saya jadi takut, kadang jadi putus harap juga. Sedangkan hati dan diri berbolak-balik dan teroleng-oleng selalu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, tapi mana boleh biar arus yang tentukan nasib kita, kan?

Teringat kata-kata seorang teman, "kalau mahukan pasangan yang baik dan soleh, kenalah berusaha membaiki diri dari sekarang. Jangan tunggu berkenan dengan orang yang alim-alim baru sibuk nak berharap nanti dia didik kita."

"It doesn't matter how much we have in the beginning. How much we built till the end matter more."

Nota: Selamat hari lahir kepada adikku Amira Abd Rahim yang tersangat disayangi. Along doakan angah dipanjangkan umur dalam hasanah dan dibanyakkan kegembiraan dalam sakinah. Dan, yang paling penting,
semoga bahagia sampai syurga!

2 comments:

  1. moga amira, azizah dan sarah bisa bahagia sampai syurga insha-Allah =)

    ReplyDelete

says