Thursday, February 18, 2010

menjaga ingatan

Latar belakang: Kami sedang mencuba menghafal pilihan antibiotik untuk pelbagai jenis jangkitan yang utama. Tiba-tiba Kak Aisyah berkata,
"Haish, banyak kali ulang pun tak ingat-ingat. Itulah, tak jaga makan, tak jaga hati!"
GEDEBUSH!!! Hah, terkena batang hidung!

Kalau kamu cari tips menguatkan ingatan di alam maya ni, memang banyak la petua yang dijumpai. Baik dari sudut pandangan Islamik atau yang disokong oleh kajian-kajian saintifik. Bagi sesiapa yang terlibat dalam research, kamu tahu sajalah banyak yang boleh dipersoal sebelum menerima hasil kajian itu dan ini sesenang hati saja.

Baiklah, saya tak buat kajian pun. Saya cari dan baca saja. Tapi saya suka yang ini:
1. Jauhi daripada dosa - Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untukmengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengankecerahan ilmu.
Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: IlmuAllah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

2.Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa"(Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak. Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu - Sesetengahulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatanseperti madu lebah dan kismis.Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patutmengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis"Ada juga yang menyebut,mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.

Ada satu lagi laman yang saya dapati menarik. Di sana dia mengukuhkan setiap petua dengan alasan dan kajian saitifik.

Baiklah, masa untuk berhenti. Masa untuk uruskan hal lain pula.

2 comments:

  1. yeap, dengan berzikir memang dapat membersihkan hati lantas tkde hijab yang menutupi..moga kita di kalangan mereka yang rajin berzikir, iAllah

    go go jie!

    ReplyDelete

says