Friday, October 16, 2009

tunggu pelangi


Beberapa minggu kebelakangan yang saya hadapi memang begitu menguji. Sehinggakan saya sangat 'penat' dan 'letih' menghadapi pelbagai kerenah manusia sekeliling. Bukanlah saya maksudkan semuanya. Tapi adalah beberapa yang menekan perasaan dan fikiran saya. Ditambah pula dengan kesabaran saya yang lebih nipis dari kulit bawang ini, fikiran jadi makin kecamuk, pertimbangan pula teroleng-oleng.

Saya mesti jadi lebih kuat, jadi lebih rajin, jadi lebih sabar. Saya akan bekerja dan berhubung dengan manusia seluruh hidup saya. Macam-macam perangai lagi yang akan menguji kematangan diri. Apa saja yang datang, apa saja yang berlaku, saya mesti redha, mesti redha, mesti redha. Moga-moga ini semua latihan yang bakal membentuk diri saya yang lebih baik dan membawa kebaikan.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Besar rasa kasih dan sayang-Nya, ampunilah ya Allah segala dosa dan kesalahanku. Ya Rahman, kekalkanlah hamba-Mu ini dalam jagaanMu setiap masa. Ya Rahiim, janganlah Engkau tinggalkan hamba-Mu ini walau sesaat ya Allah. Sesungguhnya, tiada penjaga sebaik Tuhan yang Maha Esa. Amiin ya rabbal 'alamiin.

6 comments:

  1. salam..

    along saya kuat! o yeay =)
    take good care, long.
    luv ya
    assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. mira kuat

    azizah kuat

    perempuan memang 'kuat'

    saya suka menjadi pengawal sistem berbanding saya duduk diperintah oleh sistem.

    apabila saya menjadi pengawal sistem, masalah saya dengan manusia boleh diatasi dengan saya memperbaiki sistem dan manusia terbaiki dengan sistem itu.

    apabila saya menjadi hamba yang diperintah oleh sistem, masalah saya dengan manusia hanya boleh diatasi dengan; saya redha, saya redha, saya redha.

    bagaimana untuk menjadi pengawal sistem? hidup mesti berani.

    Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin

    ReplyDelete
  3. mira: tq..love you too =)
    fakhrul: saya belum mahu mengambil beban menjadi berani. =(

    ReplyDelete
  4. OWh mmg mR. MFR adalah saudara Fakhrul. Lama sungguh tidak mendengar khabar berita.

    btw: harap saya tidak berada dalam golongan org yg menganggu hidup orang lain!

    ReplyDelete
  5. Fakhrul...aku cuba click your name tapi senarai blog encik sgt banyak..tak tau yg mana satu ...guide me pls.

    ReplyDelete
  6. ya aku Fakhrul.Fakhrul Razi. Muhammad Fakhrul Razi. MFR.

    blog alhikmah-diari itu blog utama. kat situ aku tumpahkan segala isi hati, isi otak, isi perut.Dari blog itu akan pecahlah segala macam cabang karya-karya independen aku yang mengikut arus, melawan arus, berarus terus, selari, berlari, berjalan dan berhenti.

    blog lain tu blog-blog istimewa aku untuk tokoh tertentu dan perjuangan dakwah mosalla dan masjid yang aku urus sekarang.

    huhu

    ReplyDelete

says