Tuesday, October 6, 2009

bencinta

Hari ini terasa seperti berada di alam pelarian. Ya, mungkin itu diskripsi yang paling hampir untuk membayangkan fikiran saya sepanjang hari ini.

Bangun pagi saja sudah hati sudah berbolak-balik. Tak ketahuan. Malas? Mahu? Takut? Letih? Sudah saya katakan tak ketahuan. Sudahnya saya tidur semula. Terbangun saja sudah jam 6.50 am barangkali. Kelam kabut ke bilik air dan solat. Sudah lambat untuk berjalan ke hospital. Dengan fikiran yang hanyut, saya tunggu bas dalam dingin subuh dan hujan renyai-renyai dengan perasaan yang kosong.

Hari ini pulang ke rumah lebih awal dari biasa. Sepatutnya saya isi masa dengan belajar. Tapi memang susah bertambah susah. Saya sekadar merayau-rayau di alam siber tanpa arah tujuan. Tanpa minat. Dan tentunya tanpa hasil.

Lepas Maghrib, saya cuba menenangkan hati dengan membaca Quran. Sekejap sahaja. Bermacam perkara berlari-lari dalam minda. Urusan-urusan yang tiada asal-usul dan hujung pangkalnya, yang tiada perlu, tiada pentingnya. Yakah? Usai Isyak saya solat sunat taubat dan hajat. Ini ubat tahan sakit tau.

Saya tahu kerinduan-kerinduan saya. Pada kenyataan dan erti kehidupan. Saya sedar letih perit jerih payah itulah yang memaniskan hidup dan melenakan malam saya. Tapi, umpama cemburu saya pada ilmu dan dengki saya pada buku, segala perang ini akan berterusan.

Saya tahu.
Dan saya tahu tidak cukup sekadar tahu.

4 comments:

  1. i hope the best for you, dear!
    berkuatlah!!

    ReplyDelete
  2. saya selalu alami perkara ini.

    selalu saya akan bayangkan otak saya umpama rak besar yang mengandungi beribu laci.

    kemudian setiap perkara yang berlari-lari di minda akan saya tangkap satu persatu dan masukkan dalam setiap laci.

    kemudian setelah semua dah tersimpan, baru saya akan bermula fikir semula dengan memilih hal yang saya ingin lakukan. Dan saya hanya perlu buka satu laci dan biar dulu laci lain.

    esok lusa saya akan buka laci-laci lain sebab saya mahu selesaikan semua perkara itu, dan saya yakin saya boleh.

    ReplyDelete
  3. 'compartmentalization'
    yep, saya pernah dengar pasal ni. and men are way better than women in doing this. good suggestion anyway, can be tried next time (if i can think straight and remember your advice fakhrul, tq).

    i used to wish i can think like a man does. huhuhu...

    ReplyDelete

says