Thursday, October 29, 2009

kena panah


Tak tahu nak luahkan pada di mana atau pada siapa yang paling sesuai. Akhirnya kat sini jugaklah saya melambak luahan fikiran dan perasaan. Haru betul hari ni. Tak jumpa di mana silapnya sampai jadi macam ni hari ini. Rasa-rasanya Chicken Adobo resepi Filipina yang Christine masak semalam tak ada kaitan dengan kejadian-kejadian aneh hari ni.

Sebenarnya bukanlah aneh sangat perkara yag berlaku hari ini. Tapi kalau dah 3 peristiwa hampir serupa berlaku pada hari yang sama saya jadi musykil juga. Itupun saya sangat suspicious dan berusaha mengelak yang keempat memunculkan diri. Aduh!

Saya kena panah cupid ke? Atau ada orang simbah dengan minyak pengasih ke? Alahai... saya yang dah buat silap apa pulak ni... Hmm, ini pantun khas untuk diri saya sendiri:
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang-bayang
(Saya masih ingat lagi lukisan yang ditampal dalam buku latihan BM semasa belajar pantun ini.)

Saya tak mahulah cerita satu-persatu apa yang terjadi. Tapi nak jugak luahkan perasaan kan, makanya tulislah sekerat-sekerat. Ergghh! Perasaannya bercampur-campur. Takla sedap sangat macam air batu campur yang sejuk dan manis. Rasa yang ini acah-acah manis campur pahit tambah masam dengan masin.

Kala kita makin dewasa, lebih banyak hati untuk dijaga. Saat kita memilih kita fikir kita sudah sanggup hadapi semuanya. Tapi siapa tahu masa depan, bukan? Apa-apa pun, semua dah selesai (harap-harapnya lah)... Saya dah cuba uruskan semuanya sebaik yang termampu hari ini. Mohon maaf yang amat sangat jika ada hati-hati yang tercalar terguris dengan kelemahan saya menyusun kata. Sebenarnya terlalu sukar untuk saya hampakan kalian. Malah saya sungguh berterima kasih atas perhatian kalian. Tetapi, ada perkara yang patut dilakukan juga walaupun kita tidak gembira melakukannya.

Alhamdulillah, saya tetap menganggap semuanya rahmat dari Tuhan. Dia yang mencampakkan rahmat-Nya pada siapa yang Dia kehendaki. Tapi, saya juga tak tahu kalau-kalau ia merupakan 'tanda' supaya saya melakukan sesuatu. Atau, barangkali juga ini sekadar ujian untuk saya meskipun saya masih kabur maksud di sebalik semuanya.

Hari ini saya mengulang kenyataan yang jarang-jarang saya nyatakan. Saya ulang berkali-kali. Moga ditetapkan hati saya. Moga kata-kata menjadi doa. Amiin.


Nota: Hujung minggu lepas saya sempat mengambil gambar di Grand Canal (parit besar?) of Dublin yang berdekatan sahaja dengan rumah. This photo has been heavily edited since the original photo was slightly blurred. Well, my camera is only 7MP and it doesn't come with a telephoto lens. Ada sesapa nak belanja DSLR? Wahahaha...

7 comments:

  1. takdelah menarik sangat bila kena banyak2 kali sekaligus... kalau seminggu satu cun jugak.

    ReplyDelete
  2. oh ini kes awak terjatuh cintan atau orang yang asyik menjatuh-jatuhkan cintan ke atas awak dalam satu hari?

    pada pendapat saya, kita kena selesaikan bab cintan dengan pantas. lepas tu kita boleh ke step berikutnya, iaitu plan masa depan ummah. sebagai contoh berapa banyak anak pejuang yang nak dilahirkan.kita kene cepat sebab maut juga sangat cepat mendekat. fuhh.

    ReplyDelete
  3. fuhh, kena sebijik.
    bukan saya yang jatuh la. saya pakai kasut flat, susah nak jatuh...
    tapi saya tetap bersetuju la dengan pendapat awak tu.

    ReplyDelete
  4. Yes kadang-kadang kita ade masalah tapi takdelah smpi tahap yg perlu untuk bagitau tau orng secara detail. but we want people to know we have problem (owh you also have problem meh? lawak jer)..cara yg selalu saya buat...gi rumah kawan...tgk gelagat diorang yg suka buat lawak..semua tuh buat saya jadi tenang..SEKEJAP..kita tak dpt lari dari masalah (itu yg Tun Mahathir pesan pada saya harituh)..tapi kita boleh bangun perlahan -lahan untuk selesaikannya..we need time to figure out what to do right? kadang kadang..masa awal awal tuh mmg kita panic stress..kalau kita berseorangan kadang kadang masalah yang kecik kita pikir dalam sgt sampai jadi besar ...kalau mmg besar mintaklah pandangan kawan (yg awak percaya!)..and like sarah said (great mind think alike!)..haha

    Quote dari drama jepun Beautiful life...lebih kurang maksudnya "jika kita baik dengan semua orang, kita akan melukakan hati sesetengahnya" hayatilah...ahhaha

    ReplyDelete
  5. owh and pasal DLSR

    saya mula dengan membeli yg second hand..kawan punya. sebab dia nak upgrade. dia jual sgt murah pada saya including lens etc. dan saya guna smpi skrg......and di sini mmg harga dslr agak murah..I can help you if you are interested.

    ReplyDelete

says