Alhamdulillah, sudah rasa lebih bersemangat sehari dua ini.
Semalam tidak masuk wad. Ada lecture di AMNCH Trinity Centre. Walaupun tidak dapat tangkap semua yang disampaikan (otak saya masih kurang RAM berbanding pensyarah-pensyarah saya!) tapi banyak yang dipelajari.
Saya paling suka lecture Emergency Medicine tentang Shock. Apa ya dalam bahasa Melayu? Terperanjat?? Ohoo... mungkin tidak. Siapa tahu tolonglah beritahu saya nanti. Tapi jika Konsultan Perubatan Kecemasan (cewah... translasi yang baik ni) Dr J Gray bercakap lebih jelas mungkin saya akan lebih gembira. Irish accentnya memenatkan saya menumpukan 112% perhatian.
Hari ini pula saya berjumpa Triona buat pertama kali. Dia tutor clinical skills yang baru di St James Trinity Centre. Clare yang baik hati itu sedang cuti bersalin. Saya sangat terharu dengan kesungguhannya melayan kami. Sebenarnya, sebelum ini saya based (nanti saya fikirkan bahasa Melayunya) di AMNCH. Jadual kami sedikit berbeza. Dia sanggup mengajar saya seorang demi memastikan saya tidak tertinggal prosedur tersebut. Malah, dia mengajar dengan bersungguh-sungguh! Sedangkan saya tahu dia sangat sibuk.
Betapa beruntungnya saya kan? Saya dikelilingi oleh orang-orang yang dedikasi dan proaktif. Banyak yang saya boleh pelajari dengan hanya bersama mereka. Focus on the bright side!
Nota: Semalam saya sangat merindukan adik saya Mira. Minggu lepas dapat bercakap sekejap sahaja di telefon. Hujung minggu ini mesti mahu telefon dia lagi =)
Nota: Tahniah untuk rakan baik saya, Sarah yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di UPM. Sarah akan buat kajian dalam bidang immunologi, subjek yang saya minati semasa dalam tahun 3 dulu.
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih jijah..doa2kan saya. best of luck to you..tak sabar nak tunggu awak balik (^^,)
ReplyDeletethanks to you too, sarah.
ReplyDeletesaya lagi la tak sabar nak balik =)
teringat novel Hlovate 5 tahun 5 bulan bila awk ckp pasal nk translate BI-BM term2 medikal neh..=)
ReplyDeletemcm mane doc2 ni nk ckp term2 medikal in english ni kat makcik2 or atuk2 or opah2..=)
**ni kire additional assigment utk doc2 b4 bertugas ni Malaysia..haha
pernah dgr novel tu..pasal medik eh? hehe..nak cari la..
ReplyDeleteaha..best novel tu,sy suke(walopon sy byk xphm bhse doktor neh hihi)..psl student medik..
ReplyDeletehehe, ni yg makin nk cari buku tu..
ReplyDeletealong, along, along.. =)
ReplyDeleteshock=kejutan?
ReplyDeletebased=berpangkalan?
good job =)
ReplyDeletex terfikir nak bermain dgn imbuhan..