Thursday, January 21, 2010

bersemangatlah

Saya suka letak kata-kata motivasi di papan notis depan meja belajar saya. Sebahagiannya saya dapat dari buku-buku yang saya pernah baca, ada juga yang saya dapat daripada kawan-kawan (maksudnya yang mereka letak di bilik mereka la) dan ada juga yang saya quote daripada pensyarah saya. Malah, kata-kata teguran atau motivasi daripada hati sendiri pun saya tampal juga.

Dulu, saya agak segan jugalah nak tampal kata-kata motivasi atau target pada dinding. Malu kenapa? Hmm, susah juga nak jawab. Barangkali sebab saya seorang yang sangat peribadi. Saya tidak suka menzahirkan apa yang saya fikir. Terasa berlaku pencerobohan minda jika ada orang lain membacanya. (Haha, ada unsur-unsur skizoprenia ni di sini.)

Tapi, kalau saya tampalkan pada dinding, saya akan selalu membacanya. Dan, selalulah juga saya mengingatkan diri saya agar lebih berusaha bersungguh-sungguh. Paling baik jika kata-kata yang ditampal itu datang dari hati kita atau daripada orang-orang yang dekat di hati kita. Ayatnya tidak perlu indah, tapi mesti memberi makna kepada kita.

Saya kongsikan satu kata-kata mudah daripada seorang professor Obs & Gynae semasa memberi introductory lecture kepada kami tahun lepas;
"the more you put into it, the more you get out of it"
Mudah saja kata-katanya. Tapi karisma beliau memenangi hati saya lalu menumbuhkan suatu kemahuan dalam diri saya.

Kalau kita mahukan sesuatu, kita mesti berani menyatakan kemahuan kita. Selepas itu, barulah kita akan jadi lebih berani untuk mengusahakannya.

No dream is too big or too small.
They are just meant to be turned into reality.

Nota: Selamat hari lahir kepada beberapa rakan seperjuangan: Hajar Salleh (11 Jan), Fatimah Zahra (16 Jan), Siti Radziah (21 Jan) dan semestinya sahabat tersayang, Siti Sarah Fazalul Rahiman (16 Jan). Semoga usia kalian diberkati Allah.

Nota tambahan: Dalam tutorial petang tadi Dr Ashgar Qasim kata,
"It's the final year. You guys have no choice but to become a doctor."

6 comments:

  1. jie, saya pun rasa sy kena buat benda yang sama macam awak. letak quotes atas board depan meja (most of them saya simpan dalam laptop/hp je). lately asyik demotivated je. jenuh nak motivate balik. iAllah, you'll do fine. iAllah. i believe that. please, be a doctor ya! i need your consultation one day =)

    successful people them themselves, 'if i make most of this opportunity, i'll get a bigger one.'

    best of luck, sayang! (^^,)

    p/s: tq for the wish anyway..25 sudah (~~.)

    ReplyDelete
  2. jie, can i have your current address please? =)

    ReplyDelete
  3. I really like what Dr Ashgar Qasim said....hahahahahaaahahah...tak payah pening pening pikir nak buat apa after grad kan?

    ReplyDelete
  4. azmizal: yep, saya pun suka apa dia cakap. although i think we take his words from different point of view.

    sarah: tq... but, please don't call me 'sayang', seram. hahaha. yet my love for you won't be any less. jangan kecil hati oke, saya tak pandai pujuk.

    ReplyDelete

says