Sunday, January 10, 2010

10.01.10

My first ever snowman. He lives in Cookstown LUAS stop behind AMNCH.

Sepuluh hari melewati tahun baru 2010. Ini entri nombor 111. Saya mahu mencoretkan perjalanan awal tahun baru ini, seminggu sesi akademik sudah bermula. Untuk saja-saja... bolehkan? Boleh juga ditoleh-toleh kelak bila mahu atau perlu.

1 Jan - Malam tadi tidur lewat gara-gara keluar bergambar selepas salji turun. Poyo sekali. Tak kisahlah, Dublin bukan selalu salji. Ramai orang di luar, pakcik-pakcik, orang dewasa, orang muda... semua orang jakun juga dengan salji di Dublin ni.

2 Jan - Penat sekali. Sambung membaca buku lagi. Ulang kaji Medicine. Hmm, menyabung nyawa (mata)...

3 Jan - Tiada agenda lain selain terus membuat ulang kaji. Malam tidak dapat tidur. Sudah tiga malam begini. Nervous betul nak mula kelas esok.

4 Jan - Salji yang terus-terusan turun menyebabkan bas bergerak sangat perlahan. Kelas jam 8.30 di Tallaght. Tutorial pertama dijadual semula. Hari yang stress. Banyak urusan-urusan leceh dan rimas.

5 Jan - Penat semalam masih bersisa. Kesejukan menyakitkan semua otot badan. Yang penting mesti terus poyo studi. Tak poyo tak boleh, haha.. Azam tahun ini tu, mahu menjadi lebih poyo.

6 Jan - Salji makin tebal. Perkhidmatan bas dihentikan. Terpaksa menapak pulang ke rumah. Mujurlah petang itu kami di James's saja.

7 Jan - Pagi: bas masih beroperasi hingga ke Tallaght. Petang: sudah tiada bas untuk pulang. Maka naiklah LUAS sampai Fatima dan jalan balik ke rumah. Untung juga ada adik-adik 4th year yang baru habis kelas Paeds. Siap dapat jalan pintas lagi. Haha, kalau tidak memusing la jawabnya.


8 Jan - Salji makin tebal. Tiada bas ke hospital. Menapak lagi ke Fatima kemudian ambil LUAS ke Tallaght. Petang pun begitu. Pemandangan salji di Dublin sangat cantik. Macam bukan Dublin! Tapi kalau dah lama begini makin mencabar nampaknya. Dingin, beku, licin, bahaya, penat, sakit, tiada bas, kereta terbabas... astaghfirullah...

9 Jan - Keluar mengambil gambar di Grand Canal selepas salji berhenti pada waktu tengah hari. Ramai orang keluar ke sana. Ada yang memberi makan itik dan angsa. Kasihan mereka canal beku, tiada makanan... Ramai juga yang membawa kamera masing-masing. Yang datang dengan tripod dan segala bagai juga ada.


10 Jan - Hari ini pergi membeli but. Haha, 4 tahun di sini tak pernah peduli tidak memiliki but. Bantai kasut Sketchers yang satu itulah saja ke hulu ke hilir. Tapi dah seminggu kaki basah, beku dan sakit meredah salji, mungkin but boleh membantu kurangkan kesusahan itu. Mesti selamatkan kakiku dari ischaemia yang berterus-terusan... kasihan kaki ni kan... hehe.


Mr Snowman yang diusahakan bersama Grace dan Teh. Dia tinggal di tepi Grand Canal, hobinya melihat itik dan angsa berenang-renang.

2 comments:

says