Friday, January 1, 2010

2010 bermula

Jika diizinkan Allah, tahun 2010 akan jadi tahun yang sangat penting buat saya. Saya tidak suka terlalu mengharap kerana saya bukanlah seorang yang tabah untuk menelan kekecewaan. Tapi, tahun ini saya perlu berharap. Sangat-sangat berharap.

Ini tahun akhir saya di medical school. Tahun yang paling penting sepanjang 5 tahun menuntut di sini. Tahun yang penuh emosi, penuh debaran, penuh harapan, penuh ketegangan. Saya bercakap bukan sekadar daripada imaginasi sendiri tapi pengalaman tinggal serumah dengan pelajar-pelajar tahun akhir. Saya melihat kesungguhan, kerja keras, air mata dan senyuman kesyukuran mereka. Saya mahu mengikut jejak kejayaan mereka.

Maka, ini target paling penting tahun 2010:
Saya mahu menerima ijazah MB BCh BAO pada 28 Jun 2010

Ini keinginan yang perlu saya susuli dengan usaha. Pertempuran ini panjang dan saya punya banyak ketakutan. Tapi, Allah itu dekat kan... Ya Allah, saya mohon kepadaMu agar Kau permudahkan urusan kami, murahkan rezeki kami, kurniakanlah kesihatan dan kekuatan buat kami semuanya.

Salam tahun baru yang penuh dengan harapan.

4 comments:

  1. jie, saya doakan awak sukses. saya doa agar kekuatan itu diberi pada awak. jgn give up ya!potensi itu ada dalam diri awak..kuis sikit bagi ia keluar (^^,)

    from serdang with love~

    ReplyDelete
  2. 할수 있어! (boleh punya!)...I'll pray for you.

    ReplyDelete
  3. terima kasih azmizal. tinggal 3 bulan saja ni untuk mengutip ilmu sebelum exam bermula...

    ReplyDelete

says