Showing posts with label finals-memorabilia. Show all posts
Showing posts with label finals-memorabilia. Show all posts

Monday, March 22, 2010

exam dates are here

So, here they are... the dates!
Our final medical year written exam dates are finally confirmed. Basically we are going to sit for 3 papers on 2 subjects this time. Then, the much feared clinical exams will follow shortly. We don't have the official dates for clinicals yet although it is well understood to happen during the week 19th of April.

Anyway, I have to face these papers first:

MEDICINE
Tue 6th Apr 2010 at Upper Luce Hall
1330-1700

SURGERY
Thu 8th Apr 2010 at Upper Luce Hall
0930-1130 Essay
1400-1600 MCQ

Good Luck! An t-adh leat! (pronounced 'on thaw lat')

Wednesday, February 10, 2010

'tak' menghitung hari

Kali akhir saya menulis tentang countdown peperiksaan akhir adalah kira-kira dua bulan lepas. Sekarang tinggal kurang 2 bulan untuk peperiksaan bermula.

Banyak ceritanya di antara entri tersebut dengan hari ini.
Banyak yang dibaca.
Banyak yang dipelajari.
Banyak yang berlaku.

6 minggu di AMNCH. 3 minggu Medicine, 3 minggu Surgery.
Ada kalanya sibuk dan seronok.
Ada masa-masanya bosan dan hampa.
Minggu ini minggu terakhir di sana. Minggu depan kami akan berpindah 'rumah' ke SJH pula. Suasana berlainan, guru-guru (pakar perubatan, pakar bedah, doktor-doktor dan pesakit-pesakit) yang berbeza, misi saja tetap sama.

Banyak yang saya harapkan untuk masa-masa terakhir ini.
Banyak yang sudah dirancangkan.
Banyak lagi yang mesti dibaca.
Banyak lagi yang perlu dipelajari.
Banyak lagi yang bakal terjadi.

Semoga saya dapat belajar dengan tenang, gigih dan tabah.
Semoga tidak banyak drama.
Semoga berjaya.
Insya Allah.
(^_^)

Usaha mesti berterusan, doa mesti selalu!

Wednesday, February 3, 2010

tearless

I can't wait for these to be over.
It's not easy to hold on when you're losing your grip...

This is pain that I'm taking.
The pain that only heal with time.
The pain that only relieved by much more pain.

Let me go.
Let me do my own things.
Let me heal the pain.

Note: This song keep ringing in my head lately. Is it because I dont like it, so it's taking a revenge? Trouble Is A Friend by Lenka.

Lagi: Final year ni memang menyakitkan jiwa. Adoi!

Saturday, January 23, 2010

bateri lemah

Gambar hiasan - tiada kaitan dengan entri. Ia saya ambil dari atas tren semasa dalam perjalanan ke Plymouth dari Bristol pada musim bunga tahun 2007. Saya kurang pasti lokasi sebenar. Barangkali sekitar Dawlish. Sekian.

Hari ini rasa kurang ceria dan tidak bermotivasi. Biasalah, weekend blues... Bila hujung minggu saja bateri mesti kong. Jadi, hujung minggu adalah masa untuk cas bateri, keluar pergi beli barang keperluan diri dan rumah, serta pergi study group.

Ya, saya ada beberapa alasan untuk stress dan mandom sekarang. Tapi malaslah mahu tuliskan sekarang. Tunggu semuanya kembali bagus baru mahu tuliskan. Agak-agaknya mungkin lama lagi, itulah yang Dublin City Council bagitahu. Tak apalah, saya masih ok lagi. Boleh bertahan lagi. Kadang-kadang selesa sangat pun tak jadi kerja jugak.

Senyumlah, senyum, senyum, senyum.
Senyum seindah suria.. Yang membawa cahya.. Senyumlah dari hati.. Duniamu berseri..

Tuhan itu Maha Penyayang. Dia Maha Tahu apa yang sebenarnya paling baik untuk kita. Barangkali ujian kecil yang diberiNya telah membantu kita melalui ujian yang lebih besar tanpa terlalu memikirkannya.

For indeed with hardship (will be) ease. Indeed, with hardship (will be) ease. [Al-Insyirah, 94:5-6]

Nota: Al fatehah untuk Almarhum Sultan Iskandar, semoga Allah merahmatinya. Salam takziah buat keluarga diraja dan seluruh rakyat Johor. Semoga Allah menggantikan yang baik dengan yang lebih baik.

Thursday, January 21, 2010

bersemangatlah

Saya suka letak kata-kata motivasi di papan notis depan meja belajar saya. Sebahagiannya saya dapat dari buku-buku yang saya pernah baca, ada juga yang saya dapat daripada kawan-kawan (maksudnya yang mereka letak di bilik mereka la) dan ada juga yang saya quote daripada pensyarah saya. Malah, kata-kata teguran atau motivasi daripada hati sendiri pun saya tampal juga.

Dulu, saya agak segan jugalah nak tampal kata-kata motivasi atau target pada dinding. Malu kenapa? Hmm, susah juga nak jawab. Barangkali sebab saya seorang yang sangat peribadi. Saya tidak suka menzahirkan apa yang saya fikir. Terasa berlaku pencerobohan minda jika ada orang lain membacanya. (Haha, ada unsur-unsur skizoprenia ni di sini.)

Tapi, kalau saya tampalkan pada dinding, saya akan selalu membacanya. Dan, selalulah juga saya mengingatkan diri saya agar lebih berusaha bersungguh-sungguh. Paling baik jika kata-kata yang ditampal itu datang dari hati kita atau daripada orang-orang yang dekat di hati kita. Ayatnya tidak perlu indah, tapi mesti memberi makna kepada kita.

Saya kongsikan satu kata-kata mudah daripada seorang professor Obs & Gynae semasa memberi introductory lecture kepada kami tahun lepas;
"the more you put into it, the more you get out of it"
Mudah saja kata-katanya. Tapi karisma beliau memenangi hati saya lalu menumbuhkan suatu kemahuan dalam diri saya.

Kalau kita mahukan sesuatu, kita mesti berani menyatakan kemahuan kita. Selepas itu, barulah kita akan jadi lebih berani untuk mengusahakannya.

No dream is too big or too small.
They are just meant to be turned into reality.

Nota: Selamat hari lahir kepada beberapa rakan seperjuangan: Hajar Salleh (11 Jan), Fatimah Zahra (16 Jan), Siti Radziah (21 Jan) dan semestinya sahabat tersayang, Siti Sarah Fazalul Rahiman (16 Jan). Semoga usia kalian diberkati Allah.

Nota tambahan: Dalam tutorial petang tadi Dr Ashgar Qasim kata,
"It's the final year. You guys have no choice but to become a doctor."

Sunday, January 10, 2010

10.01.10

My first ever snowman. He lives in Cookstown LUAS stop behind AMNCH.

Sepuluh hari melewati tahun baru 2010. Ini entri nombor 111. Saya mahu mencoretkan perjalanan awal tahun baru ini, seminggu sesi akademik sudah bermula. Untuk saja-saja... bolehkan? Boleh juga ditoleh-toleh kelak bila mahu atau perlu.

1 Jan - Malam tadi tidur lewat gara-gara keluar bergambar selepas salji turun. Poyo sekali. Tak kisahlah, Dublin bukan selalu salji. Ramai orang di luar, pakcik-pakcik, orang dewasa, orang muda... semua orang jakun juga dengan salji di Dublin ni.

2 Jan - Penat sekali. Sambung membaca buku lagi. Ulang kaji Medicine. Hmm, menyabung nyawa (mata)...

3 Jan - Tiada agenda lain selain terus membuat ulang kaji. Malam tidak dapat tidur. Sudah tiga malam begini. Nervous betul nak mula kelas esok.

4 Jan - Salji yang terus-terusan turun menyebabkan bas bergerak sangat perlahan. Kelas jam 8.30 di Tallaght. Tutorial pertama dijadual semula. Hari yang stress. Banyak urusan-urusan leceh dan rimas.

5 Jan - Penat semalam masih bersisa. Kesejukan menyakitkan semua otot badan. Yang penting mesti terus poyo studi. Tak poyo tak boleh, haha.. Azam tahun ini tu, mahu menjadi lebih poyo.

6 Jan - Salji makin tebal. Perkhidmatan bas dihentikan. Terpaksa menapak pulang ke rumah. Mujurlah petang itu kami di James's saja.

7 Jan - Pagi: bas masih beroperasi hingga ke Tallaght. Petang: sudah tiada bas untuk pulang. Maka naiklah LUAS sampai Fatima dan jalan balik ke rumah. Untung juga ada adik-adik 4th year yang baru habis kelas Paeds. Siap dapat jalan pintas lagi. Haha, kalau tidak memusing la jawabnya.


8 Jan - Salji makin tebal. Tiada bas ke hospital. Menapak lagi ke Fatima kemudian ambil LUAS ke Tallaght. Petang pun begitu. Pemandangan salji di Dublin sangat cantik. Macam bukan Dublin! Tapi kalau dah lama begini makin mencabar nampaknya. Dingin, beku, licin, bahaya, penat, sakit, tiada bas, kereta terbabas... astaghfirullah...

9 Jan - Keluar mengambil gambar di Grand Canal selepas salji berhenti pada waktu tengah hari. Ramai orang keluar ke sana. Ada yang memberi makan itik dan angsa. Kasihan mereka canal beku, tiada makanan... Ramai juga yang membawa kamera masing-masing. Yang datang dengan tripod dan segala bagai juga ada.


10 Jan - Hari ini pergi membeli but. Haha, 4 tahun di sini tak pernah peduli tidak memiliki but. Bantai kasut Sketchers yang satu itulah saja ke hulu ke hilir. Tapi dah seminggu kaki basah, beku dan sakit meredah salji, mungkin but boleh membantu kurangkan kesusahan itu. Mesti selamatkan kakiku dari ischaemia yang berterus-terusan... kasihan kaki ni kan... hehe.


Mr Snowman yang diusahakan bersama Grace dan Teh. Dia tinggal di tepi Grand Canal, hobinya melihat itik dan angsa berenang-renang.

Tuesday, November 24, 2009

keep on moving


Semalam sangat penat. Sakit kaki (the feet, the hips), sakit bahu, sakit satu badan. Lepas telan dua biji ubat ingat nak studi tapi tak larat. Akhirnya terpaksa juga tidur awal. Pagi ini bangun dengan badan yang masih sakit-sakit. Dah lama tak rasa bangun pagi macam ni. Things have been easy going for the past few weeks. But this is just a beginning. Next year everything gonna get crazy. And I have to be prepared.

Anyway,
I have gone through so much
I have come this far
There is just few bits left
I am going to give what it takes
To get what I've been working for

MB BCh BAO in April 2010
Insha Allah...amiin.