Sunday, December 13, 2009

tour dublin 09

Jadi, hari Jumaat kami nak jalan-jalan. Semalamnya tidur lambat. Jam 2 pagi. Agak susah jugak nak bangun. Alarm menjerit bersilih-ganti. Hehe...

Lepas solat kami nak sarapan. Donat malam tadi masih banyak. Adunan kuih kasturi yang tak sempat siap semalam pun ada. Mi Jawa yang San masak pun Hannim dan Nadia belum jamah. Ada pulak pasta yang Hannim bawa lagi. Wah... banyak betul untuk sarapan.

Ini gambar kuih kasturi yang kami cuba buat. Tak sedap macam beli kat kedai tapi bolehlaa...

Kami keluar sangat lewat. Apa tidaknya, asyik berbual je sepanjang masa. Tapi tak kisahlah. Memang niat nak mengeratkan silaturahim pun. Cuma agak kasihan pada Nadia sebab dia tak pernah sampai Dublin lagi. Mungkin dia lebih gembira kalau dapat melawat banyak tempat. Minta maaf ya, Nadia.

Kami ambil bas ke Aungier St, kebetulan depan Dublin Business School. Hannim ada kenal beberapa kawan di DBS, geng-geng akauntan. Lepas tu kami pergi ke RCSI. Masuk ambil-ambil gambar dan pusing-pusing sekejap, kami gerak ke St Stephen Green Park pulak.

Tempat ni memang cantik. Cuaca pulak sangatlah baik. Matahari memancar-mancar walaupun suhu masih agak rendah. Silap pulak rasanya pakai jaket buble yang tebal tu. Tapi sebab dah jangka akan pulang lewat, lebih baik bersedia kan... saya memang tak sanggup menangggung sejuk!

Destinasi seterusnya, meredah Grafton Street. I love this shopping street. Very much European. This is 6th most expensive shopping street in the world after 5th Avenue in New York, Causeway Bay in Hong Kong, Paris Avenue des Champs Elysées, New Bond Street in London and Tokyo Ginza.

Kemudian kami ke universiti tertua di Dublin, Trinity College Dublin. Macam biasa, mesti masuk The Books of Kells. Harga tiketnya dah naik lagi. 9 euro seorang. Sebagai seorang pelajar TCD, saya boleh masuk secara percuma dan membawa 3 orang tetamu secara percuma juga, yeay! Well, if you pay 27000 euro ++ per year to study here, it is a tiny tiny amount, right?

5 comments:

  1. The book of kell tuh library ker? mesti best.....selalu spend time kat bookstore..kalau takde apa nak buat. boleh baca buku for free..or tgk tgk gambar jugak...kalau ada yg minat tapi mahal, i usually salin nama buku and author dia..balik download pdf version free from internet hahaah..

    ReplyDelete
  2. it was a library and essentially still a library. it does store many old books but not for general use. currently, BOK is practically a tourist spot.
    and a film set too. they shot the library scene in The Goblet of Fire in this library. i didn't watch the film. has no idea how it turned out.

    ReplyDelete
  3. Aww ni entry tribute untuk saya ke jij, terharu! huhu.

    I had so much fun talking, eating, laughing, thank you again :)

    ReplyDelete
  4. hahaha, kesian hannim terpaksa terharu, hehe..
    kerinduan yang sangat2 nak berborak sampai 2-3 pagi...dah lama yang amat tak buat camtu.
    but your story about hiding in the van was the best. it's perfect, siapa yang boleh buat saya ketawa all the way tapi nangis juga sebab terlampau touching~

    ReplyDelete
  5. Haha memang klaka jij gelak sampai nangis! haha. oh pls, you're are too small jij, dah la makan malam tu takdak la banyak macam orang2 lain, u dont have to worry abt ur weight at all :)

    and I really like all the photos, walaupun tudung saya banyak yang senget huhu.

    ok time for bed esok kerja! have a good winter hols!

    ReplyDelete

says