Sunday, December 13, 2009

sudah habis exam

Ini entri nombor 101.

Saya sudah habis exam untuk tahun ini dan cuti winter dah bermula, yeay!!!
Gembira kan?
Gembira betul sampai jadi hypomanic and spending more than I should have, sob sob...

Paper terakhir habis pukul 11.00 pagi hari Rabu. Saya, One dan Grace terus pergi jalan-jalan di Grafton Street yang tersangatlah dekatnya dengan Trinity College Campus. Kami bukan saja jalan-jalan cuci mata, malah membeli-belah dan makan-makan juga. Sampai St Stephen Green Mall tutup la baru kami balik. Err, takla lambat sangat. Kat Dublin ni kedai-kedai dan shopping mall tutup sangat awal... pukul 7 malam.

Malam itu sangat penat. Habis satu badan sakit-sakit. Tak sedar diri betul berjalan-jalan. Mentang-mentanglah exam dah habis. Hello~ exam winter je. Exam besar yang tersangat-sangatla penting tak habis lagi... sila sedar diri sikit please!

Nota: Bangun pagi esoknya terperanjat baca mesej yang diterima jam 1.58 pagi..."Jij, Hannim sampai Dublin esok.." What?? Terus blank + tachycardic (err,maksudnya tu jantung berdegup kencang melebihi 100 degupan sesaat, hehe).

No comments:

Post a Comment

says