Sunday, December 13, 2009

hannim datang dublin

Entri ni khas untuk Hannim Mazuki, kawan baik saya semasa sama-sama menuntut di KYUEM. Hannim sekarang sedang bekerja di Ernst & Young Luton (dekat-dekat dengan London la jugak) sambil buat CA (hmm, orang-orang Accounting tahu la ni. Yang saya faham CA ni lebih kurang ACCA).

Hannim sebenarnya dah beritahu lama dah yang dia nak datang Dublin. Lepas tu terus senyap. Saya pun tengah sibuk nak exam. Taklah follow up sangat. Tiba-tiba dia dapat sms dia nak datang esok. Waaa~ bingung sekejap nak masak apa, nak bawa jalan-jalan pegi mana...

Rupa-rupanya Hannim pun baru habis exam juga. Patutlah dia pun senyap je. Allah tu Maha Merancang, elok-elok saja saya sudah habis exam. Dibuatnya dia datang saya masih ada exam yang belum selesai, alamatnya dia kena syok sendiri la merayau bandar Dublin ni.

Malam itu saya dan Yus pergi menjemput Hannim dan kawannya Nadia di Dublin Airport. Mulanya dah bagi direction untuk Hannim ambil bas saja dari sana ke simpang berdekatan rumah. Kebetulan sudah ada bas dari airport yang lalu di kawasan berhampiran kediaman kami. Senanglah juga tak payah tukar-tukar bas. Tapi Yus tak sedap hati pulak. Dia cadang kami ambil saja Hannim. Haa, saya pun senang hatilah. Ada kawan. Kalau tak, saya pun tak selesa keluar lewat-lewat malam seorang diri.

Seronok sangat-sangat masa jumpa Hannim dan Nadia. Nadia ni kawan Hannim semasa di Warwick dulu. Sekarang dia buat masters in antropology. Kami berbual tak henti-henti sepanjang perjalanan yang ambil masa lebih kurang sejam agaknya. Sampai di rumah, sambung berbual lagi sambil makan donat di dapur, lepas tu sambung borak lagi kat dalam bilik. Punyala banyak cerita.

Esoknya kami nak keluar jalan-jalan sekitar bandar Dublin dan makan malam di sebuah restoran Korea. Hmmm...

Gambar ni gegar sebab kami guna timer. Elok je kamera nak snap bas boleh jalan pulak, huhu...

2 comments:

  1. haha how was the korean food taste? btw do you like eating sushi..or maybe other raw food? ]

    Fact about korean Diet: Korea terbahagi kepada dua. North Korea (yg selalu masuk tv) and south Korea (where I'm right now).

    After war..korea nih tersgt-sgtlah miskin. one of the poorest nation in the world. so they have to eat everything. so salah satu makanan utama diorang adalah tauhu (apetah, yg ketul petak petak tuh made from soy bean).

    oleh sebab tuh skrg Korean adalah bangsa yg mempunyai height paling tinggi di kalangan orang Asia. average 1.739 (measure on 2006) and right now 1.8.

    But average North Korean height is only 1.59+. One of the shortest in Asia. so this case telah menarik perhatian byk saintis, sebab mereka adalah bangsa yg sama tapi ketinggian adalah sgt berbeza.

    Dan salah satu sebab diorang dpt adalah faktor pemakanan. North Korea kekurangan makanan. Then it's a closed country. so rakyat kekurangan nutrient. then south Korean people plak love to eat soy bean and milk.

    ReplyDelete
  2. saya suka sushi. tp takdela suka sgt raw food.
    hmm, awak ni lambat la baru nak bagitau macamana nak tinggi. kalau tau dah lama saya makan tauhu banyak2.

    ReplyDelete

says