Tuesday, December 15, 2009

rumah baru

Arrrrrrgh... sungguh memenatkan nak tukar template baru untuk blog ni. Konon-kononnya nak guna template yang banyak didapati online. Huhu, sungguh kasihan sebab nak buat tu pun tak menjadi. Sampai penat bola-bola mata, heh. Nasib baik ada Optrex...

Nak menambahkan sedih lagi, saya dah terpadam template lama yang disimpan. Itulaa, nak sangat buat kerja masa penat. Kan dah silap. Sudah penat bertambah letih jadinya. Hampir saja putus asa.

Lepas tu tukar semula kepada template lama versi kurang-gemar-hasilnya. Memang berkepul-kepul jugaklah rasa tak puas hati tu. Geram sebenarnya... benda macam ni pun ambil masa. Saya cuma nak template yang simple sahaja. Ringkas-ringkas pun agak cerewet juga sebenarnya. Kalau tidak takkanlah susah sangat nak jumpa yang berkenan, kan?

Akhirnya, saya cuba edit sedikit customized template yang ada dalam layout option. Hmm, baru rasa selesa sikit. Masih ada yang saya kurang gemar. Warnanya sangat suram... tapi dah tak kuasa nak tukar-tukar lagi malam ni. Jadi pekerjaan pulak.

Kesimpulannya, penat tapi akhirnya agak puas hati. Sampai juga hajat saya nak tukarkan baju baru untuk blog ni. Alhamdulillah... mahu tidur dengan lena.

3 comments:

  1. jie, better use your own template. change whatever you want. gmbr pun bole sesuka hati je..ehehe..mmg penat but once dh siap, sure you akan puas hati~

    ReplyDelete
  2. hmm, kalau kita buat template sendiri mmg boleh ikut citarasa dan keperluan kita. tapi belum pandai mau buat sendiri la sarah. kena belajar dulu perlahan2.

    ReplyDelete

says