Thursday, December 31, 2009
terima kasih tuhan
Menoleh ke belakang menyorot semula perjalanan saya sepanjang tahun 2009 saya tersenyum.
Senyum bukan bagi pihak saya saja malah juga orang-orang yang saya kasihi.
Emak senyum, mendung makin jauh.
Abah pun senyum, semuanya makin baik.
Adik-adik juga masing-masing ada yang mereka capai.
Manis.
Tahun ini tahun yang manis.
Azam saya tidak semua tercapai, tapi saya tetap sangat gembira. Ada juga sedikit pahit-masin-masam terpalit di sana-sini. Tapi siapa peduli? Saya cuma mahu bergembira dengan kemanisan hari ini.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan yang Maha Pemurah. Kasih sayangNya pada kami tahun ini dizahirkan dengan nikmat yang melimpah. Semoga kami semakin bersyukur kepadaMu.
Agak sayu mengakhiri 2009.
Hukum alam patuh pada sunnatullah, masa tetap berlalu walaupun kita tidak mahu. Saya akan hadapi tahun 2010 dengan hati berani. Insya Allah...
Tuesday, December 15, 2009
rumah baru
Nak menambahkan sedih lagi, saya dah terpadam template lama yang disimpan. Itulaa, nak sangat buat kerja masa penat. Kan dah silap. Sudah penat bertambah letih jadinya. Hampir saja putus asa.
Lepas tu tukar semula kepada template lama versi kurang-gemar-hasilnya. Memang berkepul-kepul jugaklah rasa tak puas hati tu. Geram sebenarnya... benda macam ni pun ambil masa. Saya cuma nak template yang simple sahaja. Ringkas-ringkas pun agak cerewet juga sebenarnya. Kalau tidak takkanlah susah sangat nak jumpa yang berkenan, kan?
Akhirnya, saya cuba edit sedikit customized template yang ada dalam layout option. Hmm, baru rasa selesa sikit. Masih ada yang saya kurang gemar. Warnanya sangat suram... tapi dah tak kuasa nak tukar-tukar lagi malam ni. Jadi pekerjaan pulak.
Kesimpulannya, penat tapi akhirnya agak puas hati. Sampai juga hajat saya nak tukarkan baju baru untuk blog ni. Alhamdulillah... mahu tidur dengan lena.
Monday, December 14, 2009
the dinner
Sunday, December 13, 2009
tour dublin 09
Ini gambar kuih kasturi yang kami cuba buat. Tak sedap macam beli kat kedai tapi bolehlaa...
Kami keluar sangat lewat. Apa tidaknya, asyik berbual je sepanjang masa. Tapi tak kisahlah. Memang niat nak mengeratkan silaturahim pun. Cuma agak kasihan pada Nadia sebab dia tak pernah sampai Dublin lagi. Mungkin dia lebih gembira kalau dapat melawat banyak tempat. Minta maaf ya, Nadia.
Kami ambil bas ke Aungier St, kebetulan depan Dublin Business School. Hannim ada kenal beberapa kawan di DBS, geng-geng akauntan. Lepas tu kami pergi ke RCSI. Masuk ambil-ambil gambar dan pusing-pusing sekejap, kami gerak ke St Stephen Green Park pulak.
Tempat ni memang cantik. Cuaca pulak sangatlah baik. Matahari memancar-mancar walaupun suhu masih agak rendah. Silap pulak rasanya pakai jaket buble yang tebal tu. Tapi sebab dah jangka akan pulang lewat, lebih baik bersedia kan... saya memang tak sanggup menangggung sejuk!
Kemudian kami ke universiti tertua di Dublin, Trinity College Dublin. Macam biasa, mesti masuk The Books of Kells. Harga tiketnya dah naik lagi. 9 euro seorang. Sebagai seorang pelajar TCD, saya boleh masuk secara percuma dan membawa 3 orang tetamu secara percuma juga, yeay! Well, if you pay 27000 euro ++ per year to study here, it is a tiny tiny amount, right?
hannim datang dublin
Hannim sebenarnya dah beritahu lama dah yang dia nak datang Dublin. Lepas tu terus senyap. Saya pun tengah sibuk nak exam. Taklah follow up sangat. Tiba-tiba dia dapat sms dia nak datang esok. Waaa~ bingung sekejap nak masak apa, nak bawa jalan-jalan pegi mana...
Rupa-rupanya Hannim pun baru habis exam juga. Patutlah dia pun senyap je. Allah tu Maha Merancang, elok-elok saja saya sudah habis exam. Dibuatnya dia datang saya masih ada exam yang belum selesai, alamatnya dia kena syok sendiri la merayau bandar Dublin ni.
Malam itu saya dan Yus pergi menjemput Hannim dan kawannya Nadia di Dublin Airport. Mulanya dah bagi direction untuk Hannim ambil bas saja dari sana ke simpang berdekatan rumah. Kebetulan sudah ada bas dari airport yang lalu di kawasan berhampiran kediaman kami. Senanglah juga tak payah tukar-tukar bas. Tapi Yus tak sedap hati pulak. Dia cadang kami ambil saja Hannim. Haa, saya pun senang hatilah. Ada kawan. Kalau tak, saya pun tak selesa keluar lewat-lewat malam seorang diri.
Seronok sangat-sangat masa jumpa Hannim dan Nadia. Nadia ni kawan Hannim semasa di Warwick dulu. Sekarang dia buat masters in antropology. Kami berbual tak henti-henti sepanjang perjalanan yang ambil masa lebih kurang sejam agaknya. Sampai di rumah, sambung berbual lagi sambil makan donat di dapur, lepas tu sambung borak lagi kat dalam bilik. Punyala banyak cerita.
Esoknya kami nak keluar jalan-jalan sekitar bandar Dublin dan makan malam di sebuah restoran Korea. Hmmm...
sudah habis exam
Thursday, December 3, 2009
exam exam exam
Monday 7th Dec - ENT paper
Tuesday 8th Dec - Opthalmology paper
Wednesday 9th Dec - Psychiatry paper
Marilah berusaha!!!
mata dan hati
Kita menafsir penglihatan dengan fikiran kita
Kita merasa dunia dengan hati kita
Semuanya atas kita juga
Yang luas itu pandangan kita juga
Yang cantik itu fikiran kita juga
Yang damai itu hati kita juga
Akhirnya terpulang pada kita juga
Dunia memang macam ini dan macam itu. Ada benda baik yang berlaku, ada juga benda buruk yang terjadi. Tapi pada setiap yang kita tengok tetap kita yang pilih apa yang kita akan nampak. Ini semuanya biasanya kerja minda bawah sedar kita. But, we are the one who fed our subconscious mind over the years. You reap what you sown.
Sebab apa yang kita rasa banyak bergantung kepada keadaan hati kita, maka sayalah yang kena selalu beringat untuk bersihkan hati setiap kali terasa hati jadi sakit, fikiran kacau-bilau atau banyak perkara terlihat membencikan. Secara peribadi, saya rasa membersihkan hati bukan kerja mudah. Dah makin tua begini, makin keras degilnya. Tak boleh harap mak abah bebel dan rotan lagi. Kena usaha sendiri.
Takkanlah asyik nak melayan stres je setiap hari. Penatlah kalau macam tu. Memanglah ada sesetengah perkara tu kita patut rasa marah, sedih atau benci. Tapi ada juga benda yang kita tak perlu rasa atau fikir banyak sangat. Sebab mungkin apa yang terjadi tu sebenarnya tiada kena-mengena pun dengan kita. Wrap it up and throw it out. Period.