Showing posts with label families-and-friends. Show all posts
Showing posts with label families-and-friends. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

14 feb wishes

(credit to Hazwan)


1. Happy Chinese New Year to all my chinese friends, especially my housemates Grace and Yong Xian. Wishing you the prosperous and successful year to come.

2. Tahniah kepada kawan-kawan sekolah saya, dua orang Abd Rahman yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. Saya doakan kebahagian kalian walaupun tak dapat memenuhi undangannya. Jadi, Abd Rahman Hamzah dengan Siti Naquia dan Abdul Rahman Harmin dengan Karimah, semoga kalian bahagia di dunia dan akhirat, Insya Allah...

3. Untuk semua kawan-kawan yang menghadiri kedua-dua kenduri di Bangi atau Parit Buntar (rujuk gambar di atas), seronoknya tengok gambar korang. Jangan lupa plan mega reunion Batch !7 tahun ini grand-grand tau. Dengar kata ada yang memanjangkan percutian sampai ke Pulau Pangkor, jangan nakal-nakal di sana. Huhu.

4. Untuk saudari Faizah, my groupmate yang best. Selamat hari lahir ke 25! Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya selalu.

5. To my much beloved housemates San dan Yus, welcome home buddies. Time to work hard and enjoy the rest of our time together!

6. Seluruh famili saya berkumpul di rumah kami di Senawang!!! AHHHH, sungguh cemburu dengar cerita adik-adikku yang berseronok kena buli dengan abah, haha! Bila pula agaknya saya nak join diorang ni? Waaaa... rindu semua oranggg~~~

Saturday, January 2, 2010

mira


Ini entri khas untuk adik saya yang terpaling sayang;
Amira

Pertama, tahniah kerana telah berjaya menamatkan B.Ed. TESL (Hons) dengan cemerlang gemilang dan terbilang pada bulan November lepas. Minta maaflah entri ni sangatlah terlewatkan. Tapi along sangat-sangat bangga dengan kamu.

Kedua, selamat memulakan tugas sebagai pendidik anak bangsa bermula Isnin 4 Januari 2010 di Sekolah Kebangsaan LKTP Selancar 2. Selamat jadi keluarga rival sekolah emak, hahaha habislah...

Mira,
Take all that you've become
to be all that you can be,
soar above the clouds and
let your dreams set you free.
Love,
Along