Friday, November 13, 2009

mawar berduri

Prickly Rose, Rosa acicularis

This pretty shrub is found throughout Alaska and is common in clearings and sunny openings in forested habitat. The five-petaled pink flowers are visible June to early July; in the fall, the bright red hips stand out against green vegetation. Alaska gardeners may tell you that this is one of the most tenacious “weeds” in the garden. The rose spreads through suckers and once established, is nearly impossible to eradicate from a plot without extensive digging, tilling, and pulling. The miniscule thorns can be quite irritating – and difficult to remove due to their small size.
On the other hand, this plant has myriad uses. The petals can be used in salads or steeped in hot water for a fragrant tea. The most common use, however, is harvest of the the red fruits, or hips. They are loaded with vitamin C and can be eaten right off the bush (though they are quite tart and seedy) or processed into jam, tea, or syrup. Rose hips also contain significant amounts of vitamins A, B, E, and K, as well as the minerals calcium, iron, and phosphorus. Since they are prolific and widespread, it is not difficult to gather a substantial amount after fall’s first frost.
Source:
http://www.bellaonline.com/

Saya sebenarnya menemukan artikel ini semasa mencari-cari nama bunga yang tumbuh di belakang rumah kami. Gambar bunga ni saya ambil semasa musim bunga tahun lepas gara-gara 'dipaksa' seorang teman. Langsung tak terlintas di fikiran saya bahawa bunga ini sejenis ros sehinggalah saya terpandangkan batang bunga ini dijual di Lidl (salah satu pasaraya yang ada di Dublin) dengan label '... rose'. Apabila sampai di rumah, kononnya nak namakanlah gambar yang saya ambil. Tapi lupa pulak namanya. Maka, google je la.

Susah juga nak cari nama bunga ni. Klu yang ada cuma ia sejenis ros yang kurang glamour. Rupa-rupanya ada lebih 150 jenis ros dalam dunia ni. Hampir putus asa saya dibuatnya. Lepas jumpa namanya, tak sangka pula bunga ni banyak ditemukan di Alaska. Malah, banyak pula kegunaannya. Mungkin musim bunga nanti saya boleh cuba minum teh bunga ros atau makan buah pokok ni. Macamlah saya akan ingat untuk buat semua ni bila tiba saatnya nanti. Hehe.

Tapi, saya sangat berharaplah saya dah kenalpasti bunga ni dengan betul. Kalau tidak, boleh keracunan dibuatnya nanti. Teringat cerita seorang kawan yang teringin nak makan ulam raja masa balik kampung. Disuruhnyalah si adik ambil pucuk ulam raja kat belakang rumah. Elok dia kunyah saja terus rasa semacam. Sebenarnya yang dia makan tu bukan pucuk ulam raja tapi pucuk bunga tahi ayam. Kesian betul. Dahlah mengidam, tersilap makan pulak. Hehehe, saya mesti senyum-senyum bila nampak ulam raja pasal cerita kawan saya ni lah.

Hmm, tajuk entri ni agak mengada la pulak jika nak dibandingkan dengan isinya. Nasibla labu... dah takde idea ni.

1 comment:

  1. ahahha lawaknya ..ulam raja ...dengan daun bunga tahi ayam...bau jer dah bley pengsan..inikan pula mengunyah ahaha..horror..never trust your brother ! ahahah..mmg tak dpt bayangkan! lepas nih kalau tgk ulam raja pun mesti teringat.

    ReplyDelete

says