Saya taklah teruja sangat nak ke sana. Tapi, saya memang kagum dengan kesungguhan mereka menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk kanak-kanak kurang upaya supaya mereka mendapat kualiti hidup yang optimum.
Bagi saya, hendak mula membuat sesuatu saja sudah susah, apatah lagi istiqamah mengerjakannya walau apa sekalipun cabaran yang datang adalah jauh lebih susah. Barangkali saya perlu lebih banyak menginsafi dan mencontohi orang-orang komited seperti staf-staf di TCSH.
ps: semalam saya sudah tampal kata-kata mutiara pada papan notis saya.
PASSION, PERSEVERANCE, POSITIVE
Taklah sedap sangat bunyinya, takpe, nanti saya cuba lagi...
saya dah tau macam mana nak bubuh link dalam post. hehe...
ReplyDelete